Nasional   

Draf undang-undang berita palsu dibentang ke Kabinet

pada 13-02-2018 02:02 

Post Pic

 
 
 
KUALA LUMPUR: Undang-undang untuk mengekang berita palsu di laman internet dijangka dibentang ke Kabinet selepas Tahun Baru Cina.
 
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, draf mengenai perincian itu termasuk mengenai definisi berita palsu dan hukuman yang sesuai kepada penyebar berita palsu.
 
Katanya, sebanyak tiga sesi perbincangan diadakan dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil media, agensi undang-undang serta pemimpin masyarakat mengenai undang-undang berita palsu itu.
 
Katanya, kebanyakannya membangkitkan mengenai definisi berita palsu dan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasa undang-undang berkenaan.
 
"Selain itu, ada yang membangkitkan mengenai penubuhan entiti dan agensi yang khusus untuk menilai mengenai berita palsu dan isu perbezaan berita palsu dengan komen awam dalam media sosial, " katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar dan Diskusi Khas Hala Tuju Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) di sini, hari ini
 
-na-



Ruangan Komen