Nasional   

ADUN Gunung Semanggol dimasukkan ke ICU

pada 13-02-2018 06:02 

Post Pic

 
 
 
IPOH: ADUN Gunung Semanggol, Mohd Zawawi Hassan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini hari ini dipercayai mengalami masalah hipertensi.
 
Mohd Zawawi dikatakan tidak sedarkan diri setelah terjatuh di dalam bilik air di kediamannya di Kampung Tebuk Panchur, di sini lebih kurang jam 10 pagi.
 
ADUN Selinsing, Husin Din yang dipetik Sinar Harian berkata, kejadian itu hanya disedari isterinya yang kebetulan pulang sebentar ke rumah dari tempat kerja di Madrasah Ehya As-Sharif, Gunung Semanggol.
 
Menurutnya, kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah darah tinggi yang dihidapi Mohd Zawawi.
 
"Sejurus isterinya menyedari keadaan Mohd Zawawi, beliau segera dikejarkan ke Hospital Taiping sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh jam 3 petang tadi.
 
"Hasil pemeriksaan awal mendapati beliau disyaki mengalami pendarahan di kepala,"katanya.
 
Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata Mohd Zawawi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak pada ketika ini doktor pakar sedang membuat pengesahan untuk tindakan rawatan selanjutnya.
 
"Tadi, masa mula-mula sampai, beliau (Mohd Zawawi) ada menunjukkan respon tetapi doktor suruh beliau berehat.
 
"Jadi boleh kata beliau tidak sedarkan diri di ICU," katanya dipetik Utusan Online.
 
 
 
-sh-
 


Tags : ADUN Gunung Semanggol


Ruangan Komen