Dunia   

Gempa bumi sederhana gegar Indonesia

pada 16-04-2018 08:04 

Post Pic

 
JAKARTA: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 menggegarkan Laut Molucca di Indonesia hari ini, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.
 
Gegaran berlaku pada kedalaman 36.5 kilometer, kira-kira 85 kilometer ke barat laut Kota Ternate pada jam 4.30 pagi ini.
 
Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, tiada ancaman tsunami dan tiada laporan kerosakan diterima.
 
Indonesia terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, menyebabkan ia kerap dilanda gempa bumi dan letusan gunung berapi.
 
Gempa bumi kuat pada 2004 mencetuskan tsunami yang meragut lebih 170,000 nyawa di Aceh, di barat Sumatera, dan puluhan ribu lagi di negara lain yang bersempadan dengan Lautan Hindi.
 
 


Tags : gempa bumi gegar Indonesia


Ruangan Komen