Dunia   

AS kenakan sekatan baru ke atas Russia

pada 16-04-2018 08:04 

Post Pic

 
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan sekatan baharu terhadap Russia membabitkan dakwaan serangan kimia oleh rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad, kata duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley semalam.
 
Haley berkata, sekatan itu akan diumumkan Setiausaha Perbendaharaan Steve Mnuchin hari ini dan menyasarkan syarikat yang membekalkan Damsyik dengan peralatan dan bahan berkaitan dengan senjata kimia.
 
"Sekatan terhadap Russia akan dilaksanakan. Setiausaha Mnuchin akan mengumumkannya pada Isnin. Ia akan menyasarkan syarikat yang melakukan transaksi peralatan berkaitan penggunaan senjata kimia Assad," katanya.
 
Tindakan itu dilakukan susulan serangan udara oleh AS, Perancis dan Britain sebagai tindak balas terhadap serangan senjata kimia Syria yang disyaki di kawasan pemberontak Douma pada 7 April lalu dengan lebih 40 orang terkorban.
 


Tags : AS sekatan baru Russia


Ruangan Komen