Nasional   

Takiyuddin akan jelaskan isu cubaan hadkan kuasa MSU PAS [TONTON VIDEO]

pada 16-04-2018 01:04 
Oleh Athirah Hanapiah

Post Pic

SHAH ALAM: PAS akan membuat penjelasan lebih lanjut berhubung pendedahan yang dibuat presiden parti baru -baru ini bahawa ada usaha untuk menghadkan kuasa Majlis Syura Ulama (MSU) oleh pimpinan yang kini menganggotai Amanah.
 
Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika dihubungi Antarapos berkata, Setiausaha Agung parti, Datuk Takiyuddin Hassan akan mewakili PAS untuk membuat penjelasan tersebut dalam masa terdekat.
 
"Kami ada bincang semalam dikalangan pimpinan tertinggi, Datuk Takiyuddin yang akan jelaskan perkara ini.
 
"Dia akan sebut perkara ini dalam satu kenyataan atau sidang media, tetapi saya tidak pasti cara yang bagaimana, namun yang pasti dia yang akan uruskan (perkara ini)," katanya ringkas.
 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu lepas mendedahkan ada usaha menghadkan kuasa MSU oleh pihak yang kini memimpin Amanah bagi memperkukuhkan kerjasama dengan DAP.
 
Antara pemimpin PAS yang hadir ketika pendedahan itu dibuat adalah, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.
 
Ujar Hadi, pihak tidak bertanggungjawab itu cuba membuat pindaan ke atas perlembagaan parti melalui sebuah jawatankuasa yang bernaung di bawah Lujnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) PAS.
 
Beliau memberitahu pindaan yang cuba dibuat adalah agar MSU hanya mempunyai kuasa menasihat bukannya sebagai pihak yang membuat keputusan akhir dalam PAS.
 
Pihak tidak bertanggungjawab itu bagaimanapun ditolak perwakilan PAS pada pemilihan parti ketiaka Muktamar PAS pada 2015.
 
Hadi bagaimanapun membuat komitmen untuk enggan mendedahkan siapakah pihak yang beliau maksudkan.
 
-ze
 
https://www.youtube.com/watch?v=GtUeOYSNux
 



Ruangan Komen