Nasional   

Veteran Umno meninggal dunia akibat barah

pada 16-04-2018 07:04 

Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Veteran Umno Tan Sri Napsiah Omar, meninggal dunia jam 6.10 petang tadi di rumah anaknya di Ampang Jaya, Selangor, akibat barah hati.
 
Ahli keluarga arwah, Datuk Hamid Yahya dalam satu pesanan menerusi aplikasi Whatsapp berkata, jenazah akan dikebumikan di Kuala Pilah tengah hari esok.
 
"Assalamualaikum, dengan rasa sedih dimaklumkan bahawa Tan Sri Napsiah Omar kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.
 
"Jenazah dibawa ke Surau Tunku Muhriz Kampung Jawa, Kuala Pilah, dijangka sampai tengah malam ini, akan disempurnakan dan dikebumikan di Kuala Pilah sebelum solat Zuhur (esok), insya Allah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT, insya-Allah," katanya.



Ruangan Komen