ISTIMEWA



 Nasional   

Video seks: Nurul Izzah enggan ulas

pada 27-03-2013 02:03 Ditulis Oleh Shawaliah Hadir

Post Pic


PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Nurul Izzah enggan mengulas kenyataan Datuk Saifuddin Nasution mendakwa Umno mendalangi video seks fitnah pemimpin pembangkang termasuk dirinya.

"Oleh sebab YB Saifuddin yang buat kenyataan itu lebih baik soal dia sendiri, apa yang beliau katakan sudah memadai," tegas anak perempuan Ketua Umum PKR Datuk Anwar Ibrahim itu dalam sidang media di Ibu pejabat PKR hari ini.

Baru-baru ini, Saifuddin bertindak menyamakan pimpinan PKR dengan Nabi Yusuf, Mariam dan Aishah yang difitnah dengan fitnah seks yang dianggap kejam dan jijik.

Saifuddin kemudiannya mendakwa video lucah mirip Anwar itu telah disunting namun gagal mengemukakan bukti bagi menyokong hujahnya itu tentang imej yang dimanipulasi.

Anwar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan pakatan Rakyat (MPPR) di lokasi sama semalam menuduh Antarapos sebagai alat Umno ketika diminta memberi reaksi bersabit kenyataan Saifuddin.

Akhbar Utusan Malaysia dan TV3 yang dilihat sebagai ancaman terhadap Anwar kini dilarang sama sekali membuat liputan sidang akhbar di ibu pejabat parti itu.

Dalam pada itu Nurul Izzah hari ini memfailkan tuntutan mahkamah terhadap empat agensi kerajaan berkaitan berkaitan pilihan raya kerana didakwa gagal membatalkan nama-nama dalam Rang Daftar Pemilih Induk Lembah Pantai pada tahun 2011 dan 2012.

Beliau menamankan Ketua Pendaftaran Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai defenden.

Tuntutan yang dibuat Ahli Parlimen Lembah Pantai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam berkenaan tiga nama pengundi yang telah meninggal dunia namun didakwa masih berada dalam senarai daftar pemilih selain 133 nama yang tidak lagi bermastautin di Lembah Pantai.

"Yang pentingnya adalah fakta bila kita bercakap tentang agensi yang pelbagai ini. Kewujudan agensi lengkap sistem seharusnya membuktikan ada cara untuk mmbersihkan dan mengemaskini pendaftar nama di Malaysia.

"Yang jelas bila bercakap tentang penemuan dan pembuktian berkali-kali tidak ada keputusan dan tindakan untuk meyakinkan rakyat Malaysia termasuk kami (parti pembangkang untuk mengemaskini nama daftar pemilih," katanya.


Ruangan Komen