Array


 Nasional   

Pakatan lancar manifesto Isnin depan

pada 19-02-2013 04:02 
Oleh Aidil Syukri Hamzah

Post Pic


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan melancarkan manifesto merangkumi gabungan dasar-dasar yang dipersetujui bersama parti kompenannya sejak lima tahun lalu, pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4, Isnin depan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata 'Manifesto Rakyat' bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' itu mengandungi empat teras utama iaitu 'Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat'.

"Majlis Presiden Pakatan Rakyat telah pun meluluskan manifesto Pakatan Rakyat yang akan dilancarkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 Isnin ini.

"Manifesto ini dinamakan Manifesto Rakyat dan bertemakan Pakatan Harapan Rakyat. Ia mengandungi empat teras utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.

"Intipatinya boleh dihayati dari pengenalan Menifesto Rakyat.

"Manifesto Rakyat menggabungkan kesemua dasar yang berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dilancarkan tahun 2009, Buku Jingga (2010) dan program-program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2013," katanya pada sidang medianya di ibu pejabat PKR, hari ini.

Tambah beliau, Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat telah mula bersidang untuk menghasilkan manifesto tersebut sejak September 2011 di mana ia telah dibentangkan sebanyak dua kali di peringkat tertinggi Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Proses rundingan dan kajiannya pula berlangsung selama 18 bulan.

"Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan mula bersidang untuk menghasilkan manifesto ini dalam bulan September 2011.

"Proses rundingan dan kajian berlangsung selama 18 bulan dan dibentangkan sebanyak dua kali di peringkat tertinggi Majlis Presiden Pakatan Rakyat," ujar beliau.

Sejajar dengan pelancaran manifesto itu juga katanya menandakan bermulanya kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Sebarang perdebatan, pandangan dan kritikan katanya adalah dialu-alukan.

"Pelancaran manifesto ini menandakan bermulanya kempen PRU 13. Kami mengalu-alukan perdebatan, pandangan dan kritikan sihat berhubung cadangan-cadangan yang dikemukakan di dalam manifesto tersebut.

"Pelancaran awal manifesto pilihan raya juga membuktikan komitmen Pakatan untuk memastikan kempen pilihan raya umum kali ini bertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa oleh Barisan Nasional," katanya.




Ruangan Komen