Array


 Nasional   

Zahid: Polis ada asas kukuh tahan pembangkang

pada 23-05-2013 10:05 
Oleh Aidil Syukri Hamzah

Post Pic

 

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai asas kukuh untuk menahan beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis berhubung siasatan terhadap cubaan untuk menumbangkan kerajaan menerusi tunjuk perasaan jalanan. 
 
Zahid menegaskan tindakan itu bebas daripada sebarang campurtangan politik dan polis tentunya mempunyai perkiraan sendiri daripada aspek keselamatan dalam menahan Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim. 
 
"Sebagaimana yang saya jelaskan di hari pertama saya berada di KDN, segala urusan operasi saya serahkan kepada pihak PDRM dan saya berkeyakinan tentu polis mempunyai bukti dan asas-asas yang kukuh melakukan penahanan itu.
 
"Dan saya tidak langsung campurtangan di dalam penahanan itu dan saya harap pihak rakan-rakan wartawan dapat bertanya dengan pihak polis sendiri," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan pada lawatannya ke Jabatan Pendaftaran Negara hari ini.
 
Ahli Parlimen Batu, Tian, aktivis pertubuhan bukan kerajaan 'Asalkan Bukan Umno (ABU)', Haris dan bekas ahli Parlimen Batu Berendam yang juga ahli PAS Tamrin ditahan dalam operasi berasingan.
 
Penahanan mereka dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini di padang Amcorp Mall.



Ruangan Komen