Array


 Nasional   

Isu murtad: Nurul Izzah beri keterangan pada JAIS

pada 05-07-2013 08:07 

Post Pic


SHAH ALAM: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini diarah ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memberi keterangan berhubung ucapannya pada 3 November tahun lalu bahawa orang Melayu harus diberi kebebasan memilih agama mereka sendiri.

Pada forum forum Geraja Full Gospel Tabernacle bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya itu, Nurul Izzah dilaporkan berkata setiap rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.

Menurut portal mesra pembangkang Malaysiakini yang memetik peguam, Fadhlina Siddiq yang mengiringi Nurul Izzah, kes tersebut “diselesaikan dengan baik sekali” selepas ahli parlimen Lembah Pantai itu  memberi penjelasannya kepada anggota panel JAIS.

"Beliau bukannya disiasat, tetapi membuat penjelasan. Tak ada isu pun yang disebutkan (bahawa) untuk hendak menukar akidah orang.

"Ia adalah perbincangan yang baik. Dan YB juga memberi penjelasan yang cukup baik," kata Fadhlina yang dipetik portal itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perbincangan selama hampir dua jam itu, yang bermula kira-kira jam 9 pagi ini.

Panel JAIS hari ini iketuainya pengarahnya Datuk Marzuki Hussain, turut melibatkan ahli akademik dan ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, katanya.   

Kenyataan Nurul Izzah itu mencetus kontroversi apabila akhbar Utusan Malaysia melaporkan kenyataannya, beberapa hari selepas forum berkenaan berlangsung.

Nurul Izzah antara lainnya mendakwa, laporan akhbar berkenaan bermaksud bahawa beliau menganjurkan orang Melayu untuk murtad dari agama Islam dan menggalakkan orang Melayu untuk tidak beramal dengan cara Islam.
    
Beliau mengemukakan saman ke atas akhbar berkenaan pada 23 November lalu.




Ruangan Komen