ISTIMEWA



 Nasional   

Demo UPSI : Polis Bebas Semua Mahasiswa, Kata Adam Adli

pada 01-01-2012 05:01 Ditulis Oleh Raudhatul Jannah Jalidar

Post Pic

TANJUNG MALIM, 1 JAN : Hampir kesemua 20 mahasiswa yang ditahan kerana mengadakan tunjuk perasaan dihadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi, dibebaskan kira- kira jam 2 petang ini.

Mahasiswa UPSI, Adam Adli ketika dihubungi AntaraPos.com memberitahu, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua mereka ditahan setelah enggan mengikut arahan polis supaya bersurai. Mereka berkumpul bagi mendesak UPSI agar tidak mengenakan tindakan tata tertib ke atas Adam Adli.

Adam Adli adalah pelajar yang bertanggungjawab menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan dataran PWTC baru-baru ini.

Hampir 100 mahasiswa menyertai himpunan itu yang rata- ratanya terdiri daripada penunutut Universiti Selangor (Unisel), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Management and Science University (MSU) dan UPSI.

Himpunan itu berakhir dengan dua mahasiswa mengalami kecederaan dimuka dan kepala.

Ketua Polis Perak, Timbalan Komisioner Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan polis menggunakan kekerasan bagi menyuraikan himpunan itu sebaliknya berkata, polis terpaksa menahan mereka yang telibat kerana enggan bersurai dalam tempoh yang diberikan.

"Mereka berdegil tidak mahu berganjak dan bersurai apabila diminta berbuat demikian oleh polis dan dengan itu polis tidak mempunyai pilihan melainkan bertindak menahan mereka," tegas beliau lagi.


Ruangan Komen