Array


 Nasional   

Operasi cermin gelap besar-besaran bermula 16 Jun

pada 16-05-2014 02:05 

Post Pic

KUALA LUMPUR: Pihak polis memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi supaya menukar atau menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun ini.
 
Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff berkata pemilik diberi tempoh sehingga 15 Jun untuk berbuat demikian, sebelum kompaun RM300 dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut.
 
"Penggunaan cermin gelap dan nombor pendaftaraan tidak mengikut spesifikasi akan menyukarkan untuk mengecam suspek," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
 
Namun beliau berkata penggunaannya perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan. 


Ruangan Komen