Array


 Nasional   

Ibu Dyana Sofya umum keluar PERKASA

pada 27-05-2014 06:05 

Post Pic

TELUK INTAN: Ibu kepada calon DAP, Dyana Sofya sebentar tadi mengumumkan keluar daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).
 
Yammy Samat bertindak sedemikian setelah isu keahliannya dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dipertikai banyak pihak sehingga menjejaskan imej anaknya pada PRK kali ini.
 
Dyana digelar 'penipu' kerana sebelum ini menafikan keahlian ibunya dalam PERKASA.
 
Namun beliau mengubah nada dan mengakui ibunya ahli pertubuhan itu.
 
"Masa itu saya masih belajar. Saya tidak pasti dengan keahlian ibu saya masa itu. Satu hari ibu saya telefon dan minta saya tolong daftarkan keahlian ahli PERKASA yang lain. Saya tolong sahaja," kata Dyana Sofea dalam sidang medianya di Teluk Intan.
 
Yammy sebelum ini berkata beliau tidak lagi percaya akan pegangan dan perjuangan PERKASA yang padanya lebih cenderung menjadi budah suruhan Umno.
 
"Saya masih ahli Perkasa tetapi dalam keadaan begini, saya isytiharkan saya keluar," katanya pada satu sidang media di Bilik Gerakan DAP di Teluk Intan hari ini.
 
Isu keahlian Yammy sebagai ahli PERKASA dilihat mencetuskan rasa tidak puas hati penyokong Pakatan Rakyat termasuk sebuah NGO mesra pembangkang, Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS), kepada Dyana.
 
Setiausahanya, S. Barathidasan berkata isu Dyana 'penipu' itu akan memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong.
   
Sementara itu Antarapos menghubungi Timbalan Presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar bagi mengulas dakwaan Yammy terhadap pertubuhan itu.
 
Katanya, sudah menjadi kebiasaan untuk mana-mana ahli dalam apa sahaja pertubuhan tidak bersetuju atau tidak sependapat dengan ideologi patubuhan selagi ia tidak tersasar daripada landasan utamanya.
 
"(Walaupun) kita (PERKASA) dituduh macam-macam, namun ahli-ahli kita sudah hampir 600,000 sekarang. Jika ada sedikit komen tentang PERKASA, kita terima, apa nak buat. 
 
"Seperti Umno, mereka memilik banyak ahli, takkan nak suruh semua puji mereka? Ada ahli yang tidak bersependapat dengan perjuangan mereka," kata Mah.



Ruangan Komen