Array


 Nasional   

Ahli Parlimen Pas Pertahan Lynas Selamat Dengan Pemantauan

pada 24-02-2012 08:02 

Post Pic

SHAH ALAM, 24 FEB: Ahli Parlimen Pas Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, tetap dengan pendiriannya bahawa tapak loji memproses nadir bumi Lynas di Gebeng , Pahang adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Beliau yang tidak menyetujui pendirian parti berkenaan berhubung isu Lynas, Ogos lalu berkata, beliau tetap dengan pendiriannya berdasarkan fakta dari sudut pandangan akademik.

"Ia adalah loji yang mengeluarkan nadir bumi, bukan loji nuklear...terpulang kepada penduduk Kuantan untuk memikirkannya..Ia adalah selamat dengan pemantauan," katanya ringkas apabila ditanya mengenai Himpunan Hijau 2.0 dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Beliau, yang juga berkelayakan sebagai seorang saintis nuklear bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak akan hadir pada perhimpunan itu kerana terpaksa berurusan dengan hal keluarga di Perlis.

"Sesiapa sahaja dari Pas Selangor yang menyokong (himpunan), tiada masalah. ..Malah ada delegasi dari cawangan Pas Hulu Langat," katanya lagi.

Che Rosli, pada 24 Ogos lalu dilaporkan sebagai berkata oleh sebuah stesyen televiseyen arus perdana bahawa beliau berasa 'malu' ahi parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, yang juga naib presiden Parti Keadilan rakyat (PKR) telah mengelirukan rakyat untuk kepentingan diri sendiri dengan menentang projek bernilai  RM700 juta terbabit.

Kenyataannya dibidas oleh Fuziah yang menyifatkan alasannya untuk menyokong projek tersebut sebagai terlalu 'mudah'.

Che Rosli kemudiannya menjelaskan bahawa kenyataan tersebut dibuat atas kapasitinya sebagai saintis nuklear dan bukan sebagai wakil kepada parti.



Ruangan Komen