Array


 Nasional   

Aksi panas: Zuraida tergelak dengan komen MB Selangor

pada 05-05-2012 05:05 
Oleh Ahmad Fadzly Esa

Post Pic

SHAH ALAM: Selepas ditempelak oleh Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin pada sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya memberi komen terhadap dakwaan aksi panas membabitkan pemimpin kanan parti itu pagi tadi.

Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang ketika dihubungi hari ini berhubung reaksi menteri besar itu hanya tergelak kecil.

Menurut beliau, pihaknya sudah memberi ruang kepada Abdul Khalid dan beliau sebelum ini memberitahu tidak mengetahui maklumat mengenai dakwaan itu.

"Bila dah dapat maklumat sepatutnya dia menyokong dan pertahankan kedudukan Azmin," katanya.

Semalam, Zuraida melahirkan kekecewaannya berikutan sikap sambil lewa Abdul Khalid yang  pada sidang medianya Rabu lalu hanya menjawab 'tiada komen' apabila ditanya pemberita mengenai isu penyiaran gambar lucah dan berita yang mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali bersama seorang wanita.

Baru-baru ini, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki yang dikatakan mirip pemimpin PKR itu melakukan seks oral di sebuah tandas.

Gambar itu dipercaya sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi dari bahagian atas tandas tersebut.

Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki yang dimaksudkan dan pada masa sama menuduh Umno sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu. Beliau bagaimanapun enggan membuat laporan polis supaya dakwaan itu disiasat.

Sebaliknya, Azmin hanya mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar Utusan Malaysia berhubung penyiaran semula berita dan gambar yang mengaitkannya dengan aksi panas bersama wanita terbabit.

Abdul Khalid yang diajukan semula soalan yang sama hari ini, ternyata tidak serius dan terus gelak. beliau sekadar berkata "Saya setuju dengan tindakan Azmin. Saya tak ada komen lagi."
 




Ruangan Komen