ISTIMEWA



 Nasional   

Gambar Seks - Jangan lagakan saya dengan MB, kata Azmin

pada 10-05-2012 06:05 

Post Pic

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali berkata beliau tidak mahu dilaga-lagakan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat tidak mempertahankan beliau bersabit isu gambar seks yang dikaitkan kepadanya.
 
"Jangan hendak melaga-lagakan saya dalam soal ini," kata beliau ketika mengulas sikap diam diri Khalid sejak kontrovesi itu tercetus minggu lalu.
 
Azmin berkata beliau menganggap Khalid memerlukan masa untuk mendapatkan penjelasan mengenai penyebaran gambar-gambar itu walaupun kepimpinan PKR yang lain tampil senada mempertahankan beliau (Azmin).
 
"Tiada komen. Itu yang dikatakan Khalid Ibrahim dan mungkin semasa itu dia perlukan penjelasan terlebih dahulu," kata Azmin pada sebuah majlis PKR di sini petang tadi.

Khalid dibidas oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR Suhaimi Shafie kerana dilihat gagal menyertai pemimpin PKR lain menyelar penyebaran gambar-gambar itu yang memaparkan seorang individu mirip wajah Azmin berkelakuan lucah dengan seorang wanita.
 
Azmin menafikan beliau adalah lelaki dalam gambar tersebut dan menyifatkan ianya sebagai helah Umno untuk menjatuhkan beliau.
 
Setakat ini beliau masih belum membuat sebarang laporan polis, walaupun dinasihati oleh pemimpin Umno.

Namun begitu Azmin bertindak menyaman Utusan Malaysia kerana mengaitkan beliau sebagai individu di dalam foto-foto yang tersiar di muka hadapan akhbar berkenaan.
 
"Malah saya berterima kasih kepada Dr Mahathir yang turut menyokong saya dengan menyuruh saya menyaman Utusan Malaysia," kata Azmin hari ini.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menolak tuduhan PKR bahawa Umno mendalangi penyebaran gambar-gambar itu, malah meminta ibu Azmin mengeluarkan kenyataan menegur anaknya itu.
 
Najib menegaskan Umno tidak tahu menahu "soal kelambu Azmin Ali.


Ruangan Komen