Array


 Dunia   

Penyelidik kaitkan Pyongyang dengan ransomware

pada 16-05-2017 08:05 

Post Pic

WASHINGTON: Penyelidik keselamatan siber mendakwa menemui beberapa petunjuk yang boleh mengaitkan Korea Utara dengan serangan ransomware global yang menjejaskan 300,000 sistem di 150 negara sejak Jumaat. 
 
Pengeluar perisian, Symantec dan Kaspersky Lab hari ini berkata, beberapa kod versi perisian WannaCry juga muncul dalam program yang digunakan oleh firma Kumpulan Lazarus, yang dikenal pasti sebagai operasi penggodam dari Korea Utara. 
 
"Ia adalah petunjuk terbaik setakat ini mengenai asal usul virus WannaCry," kata penyelidik Kaspersky Lab, Kurt Baumgartner. 
 
Kedua-dua syarikat itu bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk menuduh Pyongyang terbabit dengan serangan itu. 
 
Penyelidikan syarikat siber akan dipantau agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia, termasuk Washington, yang mana Penasihat keselamatan Amerika Syarikat (AS) berkata negara asing dan penjenayah siber mungkin terbabit. 
 
Menurut Symantec dan Kaspersky Lab, mereka perlu membuat kajian teliti ke atas kod berkenaan dan memerlukan bantuan untuk analisis kerana penggodam mungkin menggunakan semula kod dari operasi lain. 
 
Pegawai keselamatan AS dan Eropah berkata, masih terlalu awal untuk siapa yang bertanggungjawab dalang serangan itu, tetapi tidak menolak kemungkinan Korea Utara sebagai suspek. - Reuters


Tags : Ransomware


Ruangan Komen