Array


 Dunia   

Daesh bunuh, potong mayat penduduk Hama

pada 19-05-2017 08:05 

Post Pic

BEIRUT: Militan Daesh membunuh lebih 50 orang dalam serangan ke atas kampung dikuasai tentera kerajaan di wilayah Hama di tengah Syria hari ini. 
 
Militan membunuh sebahagian mangsa dalam serangan yang dilancarkan ketika Daesh semakin kehilangan wilayah di tempat lain di Syria dan Iraq. 
 
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, serangan ke atas kampung Aqareb dan Al-Mabujeh mengorbankan sekurang-kurangnya 15 penduduk awam dan 27 pejuang prokerajaan. 
 
Ia berkata, 10 lagi mayat masih belum dikenal pasti sama ada pejuang kerajaan atau penduduk tempatan. 
 
Daesh turut kehilangan 15 anggota dalam serangan awal pagi itu di timur Hama. 
 
Pengarah SOHR, Rami Abdel Rahman, berkata sekurang-kurangnya tiga penduduk awam dibunuh menggunakan pisau, iaitu seorang lelaki dan dua anaknya. 
 
Tidak dapat dipastikan sama ada yang juga dibunuh dengan cara sama atau maut dalam pertempuran. 
 
Agensi berita Syria juga melaporkan 52 maut dalam serangan Daesh, walaupun ia menggambarkan serangan cuma terhadap Aqareb. 
 
Ia berkata, militan Daesh memotong mayat penduduk kampung dan mencuri dari rumah mereka, dan 15 daripada yang maut ialah kanak-kanak.-AFP



Ruangan Komen