ISTIMEWA



 Nasional   

Pemain bolasepak Nigeria diculik

pada 10-06-2012 10:06 

Post Pic

 

LAGOS: Pemain antarabangsa Nigeria, Christian Obodo didakwa diculik ketika memandu di Warri, selatan Nigeria, menurut ahli keluargnya semalam.

Obodo, yang bermain bersama kelab Lecce dalam liga Serie A Itali, sedang memandu berseorangan dalam perjalanan melawat ahli keluarganya sebelum dilarikan seorang lelaki bersenjata.

“Kami tidak mengetahui di mana dia dilarikan tetapi keretanya ditinggalkan oleh penculik berkenaan.

"Setakat ini, kami belum menerima sebarang panggilan untuk menuntut wang tebusan," kata salah seorang ahli keluarga yang enggan namanya disiarkan.

Bandar minyak Warri terletak di Lembah Nigeria semenangnya terkenal sebagai kawasan jenayah penculikan.

Obodo beraksi sejak beberapa tahun dengan skuad kebangsaan Nigeria dan Udinese dan kini dipinjamkan kepada kelab Lecce sejak musim lalu.

Pemain tengah berusia 28 tahun itu bagaimanapun bukan pemain bola sepak pertama atau ahli keluarga yang pernah menjadi mangsa culik di negara itu.

Sebelum ini abang kepada pemain pertahanan Everton, Joseph Yobo diculik pada 2008 dan dibebaskan beberapa hari kemudian.

Manakala tahun lalu, ayah kepada pemain tengah Chelsea, John Mikel Obi juga diculik sebelum dibebaskan selepas serbuan polis.


Ruangan Komen