ISTIMEWA



 Nasional   

Jangan politikkan isu Penang Port kata Chua

pada 10-06-2012 10:06 

Post Pic

 

NIBONG TEBAL: Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membidas kenyataan beberapa pemimpin DAP yang didakwanya mempolitikkan isu penswastaan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan status pelabuhan bebas cukai di negeri ini untuk meraih sokongan rakyat.

Chua yang juga Presiden MCA berkata kedua-dua isu tersebut merupakan dua perkara berbeza walaupun pada hakikatnya ia bertujuan menjana pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang untuk kesejahteraan rakyat.

"Saya kecewa dengan kenyataan pemimpin DAP yang mempolitikkan isu status pelabuhan bebas cukai dan penswastaan PPSB untuk kepentingan politik mereka, sebenarnya kedua-dua perkara itu adalah berbeza.

"Dengan adanya pelabuhan bebas cukai ia memberi keistimewaan kepada penduduk dan akan menjadi tarikan pelancong, ia sangat bagus untuk pertumbuhan ekonomi negeri khususnya dalam sektor pelancongan, manakala penswastaan PPSB pula akan meningkatkan keupayaan operasi pelabuhan Pulau Pinang serta penjanaan ekonomi yang lebih kukuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan pemimpin DAP yang mempertikaikan tindakan penswastaan PPSB oleh kerajaan pusat sebagai satu konspirasi menyekat kemajuan ekonomi Pulau Pinang.


Ruangan Komen