ISTIMEWA



 Nasional   

PAS tidak mampu bina negara Islam - PERKASA

pada 10-06-2012 01:06 Ditulis Oleh Syed Mu'az Syed Putra

Post Pic

 

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendakwa PAS tidak akan mampu untuk membina sebuah kerajaan Islam selagi tidak tegas terhadap DAP terutamanya dalam hal-hal berkaitan agama Islam.

"PAS tidak akan mampu (membina kerajaan Islam), PAS berkawan dengan individu-individu yang anti-Islam...jadi macam mana nak bina kerajaan Islam?

"PAS juga berkawan dengan individu anti-Islam yang mempunyai kuasa politik. Kalau betul-betul perjuangkan Islam PAS dah boleh bersuara kepada DAP," kata Setiausaha Agung PERKASA Syed Hassan Syed Ali kepada AntaraPos.com.

Sambil membidas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Syed Hassan berkata parti Islam itu perlu berani bersuara jika benar-benar serius untuk membina kerajaan Islam.

Tegas beliau, DAP - rakan komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) merupakan parti yang perlu 'ditundukkan' PAS.

"Kalau berani usir DAP. Di Kelantan pun PAS tidak mampu perintah dengan baik, macam mana nak bangunkan kerajaan Islam," katanya.

Semalam Nik Aziz menegaskan parti itu mahu mendapat kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai matlamat untuk menguasai kerajaan sekaligus membina kerajaan Islam.


Ruangan Komen