ISTIMEWA



 Nasional   

SPRM bermesyuarat Khamis bincang dakwaan Anwar

pada 30-05-2012 11:05 

Post Pic

 

KUALA LUMPUR: Panel Penilai Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bermesyuarat Khamis ini, bagi membincangkan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Mohamed Azmin dihentikan pada 1995. 

Memetik laporan Berita Harian, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata ahli panel itu akan membincangkan dakwaan Pengarang portal Malaysia Today itu kerana jika benar siasatan akan dilakukan.
 
“Siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu sudah berlalu,” katanya, semalam.
 
Beliau selain itu berkata, SPRM juga sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu terutama mengenai pendedahan dokumen rahsia berkenaan, petang semalam di Balai Polis Putrajaya. 
 
“Sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini akan diketahui selepas kami membentangkan laporan kepada Panel Penilai Operasi, Khamis ini,” katanya. 
 
Raja Petra mendakwa Anwar mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu supaya tidak mengenakan tindakan lanjut (NFA) ke atas Mohamed Azmin dan menghapuskan fail siasatan walaupun mempunyai segala bukti untuk menahan dan mendakwa beliau atas kesalahan berkenaan. 

Ruangan Komen