Array


 Komentar   

Isu Korea Utara: Kecekalan Malaysia terserlah

pada 09-03-2017 11:03 
Oleh Zeanaaima Mohd Yusof

Post Pic

[ULASAN] Ketika keluarga 11 rakyat Malaysia didakap cemas menerima khabar mereka dilarang kerajaan Korea Utara meninggalkan negara berkenaan, kepimpinan Malaysia bertindak pantas menghidupkan harapan bahawa mereka sentiasa selamat.
 
Malaysia tangkas mengeluarkan perintah melarang rakyat Korea Utara pula demi mengimbangi “ancaman kurang bertamadun” daripada sebuah negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia itu.
 
Tindakan menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan untuk memenuhi tuntutan Korea Utara dalam kes pembunuhan abang tiri presiden Korea Utara Kim Jong-Un memang tidak munasabah dan melanggar protokol hubungan antarabangsa.
 
Malaysia cintakan keamanan dan kerukunan dalam hubungan antarabangsa dan akur bahawa penyiasatan kes pembunuhan Kim Jong Nam wajib dilakukan bersandarkan tatakelola penyiasatan antarabangsa.
 
Wakil Pyongyang bermulut celupar
 
Bagaimanapun Duta Korea Utara, Kang Chol bertindak agak celupar apabila mempertikaikan hak Malaysia menyiasat kes berkenaan termasuk melakukan bedah siasat ke atas mendiang.
 
Sebaliknya beliau merumuskan Malaysia bersubahat dengan Korea Selatan dan Amerika Syarikat untuk mengancam keselamatan Korea Utara. 
 
Tuduhan beliau mencabar wibawa kerajaan Malaysia dan ini memaksa Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai “persona non grata” atau orang yang tidak dikehendaki di Malaysia. 
 
Duta Malaysia di Korea Utara juga diperintah meninggalkan negara itu. Namun Korea Utara menghalang 11 rakyat Malaysia (tiga kakitangan kedutaan, dua anggota Program Makanan Dunia dan enam lagi ahli keluarga mereka) meninggalkan negara mereka. 
 
Korea Utara bukanlah Negara Maju tetapi bertekad menjadi negara ketenteraan yang digeruni. Ia memusuhi Korea Selatan dan Jepun yang dianggap tali-barut Amerika Syarikat. Negara itu kerap mencabar musuh-mushnya itu dengan mempamerkan kehebatan teknologi persenjataanya. 
 
Demi kebenaran yang bersandarkan tatakrama perhubungan antarabangsa yang adil pemimpin Malaysia tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas supaya rakyat Malaysia tidak dijadikan tebusan.  
 
Baik di segi penyiasatan kes pembunuhan Kim Jong Nam hinggalah prosedur menyerahkan mayatnya pada waris, Malaysia mematuhi protokol antarabangsa. Namun Korea Utara nampaknya berpura-pura tidak mengerti atau memilih mengabaikan penjelasan Malaysia. 
 
Menilai sikap yang agak kurang bertamadun ini kabinet Malaysia juga mengarahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memohon padang perlawanan Piala Asia di antara pasukan Malaysia dan Korea Utara 28 Mac ini ditukarkan ke negara yang berkecuali.
 
Perdana Menteri cekal pertahan kedaulatan negara
 
Kepimpinan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak cukup tegas dalam soal memelihara maruah Malaysia dan keselamatan rakyat. 
 
Beliau juga cekal menerima kunjungan Raja Salman dari Arab Saudi walaupun diasak pembangkang yang mempertikaikan sumber dana RM2.6 bilion yang dikatakan sumbangan kerabat diraja Saudi. 
 
Wibawa beliau berpaksikan keyakinan bahawa penjelasan itu benar. Jika tidak tentu Raja Salman keberatan mengunjungi Malaysia dan melabur hingga RM31 bilion di negara ini.
 
Dalam iklim ekonomi dan politik global yang bergelora sekarang ini Malaysia memerlukan kepemimpinan yang cekal dan cekap. Tindakan presiden Umno itu memenuhi tuntutan menyahut cabaran ini. 
 
 


Tags : Korea Utara Malaysia


Ruangan Komen