ISTIMEWA



 Nasional   

Anwar mahu PM bentangkan semula Bajet 2012

pada 30-05-2012 03:05 

Post Pic

SHAH ALAM Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata berdasarkan perkembangan semasa ekonomi negara, kerajaan mesti membentangkan semula Bajet 2012 semasa sidang Dewan Rakyat pada Jun ini.

Ini kerana, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan telah menggunakan unjuran pertumbuhan negara yang tidak selaras dengan perangkaan Bank Negara.

Menurut Anwar, unjuran pertumbuhan lima atau enam peratus yang digunakan oleh Najib seharusnya disemak semula pada tahap lebih realistik iaitu empat atau lima peratus sahaja.

"Sekiranya Barisan Nasional terus berbelanja mengikut belanjawan semasa, ini akan memberikan impak terhadap tahap defisit negara dan akan melanggar had 55 peratus  nisbah hutang berbanding KDNK," kata Anwar dalam satu kenyataan media.

Beliau juga mendakwa tindakan Najib yang cenderung untuk memanipulasi unjuran pertumbuhan ekonomi sebagai tidak bertanggungjawab.

"Semasa perbahasan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2011, saya telah juga berhujah bahawa andaian ekonomi yang digunakan (iaitu 5.0 peratus - 5.5 peratus dan 5 peratus  - 6 peratus pertumbuhan bagi 2011 dan 2012 masing-masing) mempunyai kecacatan serius.

"Ia adalah jelas sekarang bahawa andaian yang digunakan untuk membangunkan Bajet 2012 tidak sah," katanya.
 


Ruangan Komen