ISTIMEWA



 Nasional   

Tinjauan: Lebuhraya KK-KB akan hadapi masalah

pada 31-05-2012 11:05 Ditulis Oleh Farah Eliana Mohd Adnand

Post Pic

 

SHAH ALAM: Masyarakat berpendapat keputusan kerajaan PAS mengajak rakyat Kelantan menderma bagi menampung kos projek Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu (KK-KB) akan melambatkan proses pembinaan lebuhraya tersebut.

Ini kerana projek yang akan menelan belanja sebanyak RM 1.8 bilion itu memerlukan lebih masa bagi menarik minat rakyat di negeri itu untuk memberi derma sekaligus berkongsi beban bersama kerajaan negeri.

"Saya setuju kalau kerajaan negeri membuat jalan raya antara KK-KB. Tapi saya berpendapat, tidak perlu dibebankan kepada rakyat Kelantan sendiri.

"Kalau hanya nak menggunakan sumbangan daripada rakyat, projek tersebut tidak dapat dilaksanakan secepat mungkin. Bila baru rakyat dapat merasai pembaharuan atau kesenangan itu," kata seorang guru selain mencadangkan beban tersebut harus dikongsi bersama kerajaan Persekutuan.

Tinjauan AntaraPos.com turut mendapati rata-rata masyarakat tidak setuju dengan cadangan meminta supaya rakyat mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menampung kos perbelanjaan kerajaan.

Ini kerana ramai rakyat di negeri itu berpendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan.

"Cuma saya rasa membebankan rakyat. Sebab makan duit rakyat kan. Lagipun nanti jangka masa mahu siap tu, mungkin akan bertangguh jadi lagi panjang. so, itu tidak relevanlah," kata Nor Atikah.

"Bagi saya tak elok lah membebankan rakyat. Sebab duit tu boleh digunakan untuk benda lain seperti sukan," kata Rozaimi Ahmad pula.

Malah ada juga rakyat di negeri itu yang sinikal terhadap pendekatan "Negara Berkebajikan" yang dilaungkan Nik Aziz.

"Buat mengikut peringkat. Perlu lihat dahulu sekiranya ada potensi atau tidak. Samada boleh membangun atau tidak," kata Nur Farhana Seman.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas majlis pecah tanah projek Lebuhraya KK-KB baru-baru ini antaranya mencadangkan agar rakyat Kelantan berkongsi pendapatan bersama kerajaan negeri untuk membina laluan sepanjang 73 kilometer itu.

Projek tersebut yang dijangka siap dalam masa tiga tahun membabitkan empat lorong dua hala dan kelajuan sehingga 100 kilometer sejam, mengikut piawaian Lembaga Lebuhraya Malaysia.
 
Tambahan lagi, ia juga mempunyai sembilan susur keluar, 45 buah jambatan dan laluan atas serta sebuah kawasan rehat (R&R).

Turut dijangka dibina adalah Laybays setiap 20-30 kilometer setiap laluan.


Ruangan Komen