Array


 Dunia   

Pemberontak lancar serangan mengejut di Damsyik

pada 20-03-2017 08:03 

Post Pic

BEIRUT: Pertempuran sengit menggegarkan daerah timur ibu kota Syria apabila dalam serangan mengejut dilancarkan ke atas tentera kerajaan. 
 
Serangan dibuat beberapa hari sebelum pusingan baharu rundingan damai anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan di Geneva, bertujuan menamatkan perang enam tahun di Syria. 
 
Pemberontak dan tentera kerajaan bersetuju menamatkan permusuhan di seluruh negara pada Disember, tetapi pertempuran berterusan, termasuk di Damsyik. 
 
Serangan dan tembakan penembak curi kedengaran di seluruh Damsyik apabila pemberontak yang bersekutu dengan bekas cawangan al-Qaeda, Fateh al-Sham, melancarkan serangan terhadap kedudukan tentera rejim di timur bandar raya itu. 
 
Serangan bermula awal dengan dua bom kereta dan beberapa penyerang nekad di daerah Jobar, kata ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia (SOHR), Rami Abdel Rahman. 
 
Pemberontak merampas beberapa bangunan di Jobar dan mara ke kawasan Dataran Abbasid berhampiran, merampas sebahagian stesen bas sebelum berjaya diusir tentera kerajaan. 
 
"Selepas kemaraan pejuang pembangkang, tentera rejim berjaya mengatasi kejutan dan memulakan serangan balas," katanya. - AFP



Ruangan Komen