Array


 Dunia   

Rombongan bekas Presiden Haiti diserang

pada 21-03-2017 08:03 

Post Pic

PORT-AU-PRINCE: Konvoi kereta bekas Presiden Haiti, Jean-Bertrand Aristide diserang selepas beliau tampil menjadi saksi kes pengubahan wang haram, kata peguamnya, di sini.
 
Ratusan penyokong bekas pemimpin itu berada di sepanjang laluan, selepas beliau yang jarang muncul di khalayak hadir ke mahkamah atas perintah hakim. 
 
"Rombongan kereta beliau diserang dan tindakan ini tidak ubah seperti cubaan membunuh. Tembakan terkena pintu belakang tempat duduk Aristide. 
 
Beliau tidak cedera tetapi seorang cedera dan sedang menerima rawatan di hospital, " kata jurucakap bekas presiden, Mario Joseph.-AFP



Ruangan Komen