Array


 Nasional   

4 polis termasuk pegawai dicekup SPRM

pada 21-03-2017 08:03 

Post Pic

KUALA LUMPUR: Empat polis termasuk seorang pegawai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam dua kes berasingan kerana disyaki melakukan salah laku rasuah di Kulim, Kedah dan Raub, Pahang. 
 
Dalam kes pertama, seorang sarjan mejar dan koperal polis ditangkap kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan mereka untuk meminta dan mengambil wang rasuah daripada pengusaha-pengusaha pengangkutan lori. 
 
Kedua-duanya yang berusia 57 dan 53 tahun masing-masing ditangkap di Kulim, Kedah antara jam 9 pagi dan 10 pagi. 
 
Sumber berkata, kedua-duanya disyaki telah meminta dan mengambil wang rasuah berjumlah antara RM850 dan RM900 secara bulanan daripada beberapa pengusaha pengangkutan lori. 
 
"Pengusaha-pengusaha lori diminta untuk membayar wang rasuah itu sebagai balasan supaya tidak dikenakan saman atas beberapa kesalahan lalu lintas yang didapati sering dilakukan mereka. 
 
"Antara kesalahan-kesalahan lalu lintas yang sering dilakukan adalah lori tidak mempunyai insuran perlindungan, tiada cukai jalan, dan kesalahan-kesalahan lain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1957," kata sumber. 
 
Dalam kes kedua, seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan seorang koperal polis ditahan kerana dipercayai bersekongkol dengan peniaga-peniaga air ketum dengan mengambil rasuah sebagai wang perlindungan.

Tags : SPRM Polis


Ruangan Komen