ISTIMEWA



 Nasional   

Anak Nik Aziz sedia dicalonkan PRU13

pada 03-06-2012 10:06 

Post Pic

 

KOTA BHARU: Anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bersedia untuk bertanding sekiranya beliau dicalonkan oleh parti pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13).

Beliau menyifatkan 40 tahun pendedahan dalam dunia politik dibantu bapanya sebagai persediaan rapi untuk menentang Umno.

“Saya sudah sedia jadi calon sejak 10 tahun dulu, saya juga sedia tunggu 20 tahun lagi untuk dicalonkan, sebelum ini ayah sudah siapkan 40 tahun untuk lawan Umno,” kata beliau memetik Sinar Harian Online.

Dalam wawacana bersama Sinar Harian sebelum ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membayangkan Nik Abduh dicalonkan pada PRU13 atas kapisiti beliau sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.

Namun menurutnya lagi, keputusan akhir bergantung kepada Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS negeri dan PAS Pusat untuk menentukan senarai calon terbabit.

Antara kerusi dikaitkan dengan Nik Abduh adalah Parlimen Kubang Kerian setelah penyandangnya yang juga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub disahkan akan bertanding di Johor.

Nik Abduh seterusnya menolak tepi kritikan bersabit hubungan "bapa-anak" dalam parti dengan menyifatkan Islam menggalakan perjuangan melalui zuriat yang mulia.

“Ayah telah berusaha mendidik saya sebaik yang termampu, yang tak mulia ialah anak sekularis jadi calon ganti atau sambung kepada bapa sekular, saya meminta anak-anak orang Umno supaya muliakan keluarga dengan perjuangan Islam,” katanya.

Sebelum ini, Nik Aziz mengesahkan akan bertanding dalam PRU13 walaupun mendapat kritikan pihak lawan yang menyifatkan beliau sudah uzur untuk berpolitik.


Ruangan Komen