ISTIMEWA



 Nasional   

Anwar: SPRM cuba alih perhatian buka kes Azmin

pada 03-06-2012 01:06 

Post Pic

 

PERMATANG PAUH: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa cadangan membuka semula kertas siasatan rasuah terhadap Azmin Ali sebagai usaha mengalih perhatian tentang penyelewengan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Justeru beliau menyifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan pendakwaan terpilih dalam kes melibatkan pimpinan Umno dan PKR.

Memetik laporan KeadilanDaily, Anwar berkata SPRM sepatutnya mengambil tindakan terhadap Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil atas penglibatannya dalam penyalahgunaan dana Pusat Fidlot Nasional (NFCorp).

Katanya lagi tindakan SPRM membebaskan tuduhan terhadap Shahrizat meskipun terbukti berperanan peranan dalam kes itu semasa menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Ada bukti, ada dokumen sahih penyelewengan NFC, mereka kata menteri tidak terlibat. Begitu mudah mereka membuat keputusan tanpa dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika berucap di Taman Guar Perahu, Penanti di Permatang Pauh semalam.

Justeru berkata akan terus membongkarkan penyelewengan kepimpinan Umno-BN.

Sementara itu Anwar menerusi mesej laman Twitternya mempertahankan keputusan Ketua Pengarah Badan Pencegahan Rasuah (BPR - kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) Datuk Shafee Yahya yang menutup siasatan dakwaan salah guna kuasa ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

"Ya: kes ditutup KP BPR ketika itu. Sy didakwa kononnya arah BPR;tp dibatalkan 99."


Ruangan Komen