ISTIMEWA



 Nasional   

Salahuddin yakin PAS tawan Johor

pada 16-06-2012 03:06 Ditulis Oleh Farah Eliana Mohd Adnand

Post Pic

 

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin dapat merampas Johor daripada Umno walaupun mendapat tekanan daripada institusi di raja negeri itu.

"Saya rasa dalam isu ini, kita merasa cukup yakin."

Sebelum ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim mengeluarkan kenyataan murka terhadap AJK PAS Pusat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamalluddin berhubung tindakan beliau mempertikai isu bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

Malah Sultan Ibrahim turut bertitah tindakan Mohammad Nizar itu merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor selain menggesa agar beliau menutup mulut.

Bagaimanapun Salahuddin yang dihubungi wartawan Antarapos.com berkata, isu itu tidak akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat mencetuskan gelombang Tsunami yang dijangka bermula dari negeri kubu kuat Umno itu.

"Saya rasa isu itu tidak sesekali akan menjejaskan peluang Pakatan untuk membuat satu kejutan di Johor. Saya rasa isu itu, isu yang semua orang boleh memahami dan ia tidak boleh menjejaskan peluang kita daripada Johor."

Selain daripada itu beliau turut mendakwa rakyat Johor boleh memahami dan menilai sendiri sejarah lalu di mana ada penghinaan kepada Raja-Raja daripada pemimpin Umno sendiri.

Untuk rekod, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim juga turut sama menegur ahli politik supaya tidak memecahbelahkan rakyat di Johor demi kepentingan diri sendiri.

Baginda bertitah, Johor adalah sebuah negeri yang berdaulat yang mempunyai raja dan kerajaannya sendiri sejak 1885 sebelum adanya negara bernama Malaysia.


Ruangan Komen