ISTIMEWA



 Nasional   

Tunku Aziz setuju DAP PP letak calon Melayu

pada 16-06-2012 05:06 Ditulis Oleh Shawaliah Hadir

Post Pic

 

SHAH ALAM: Gesaan supaya DAP meletakkan calon Melayu di beberapa kerusi DUN dan Parlimen Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) disokong bekas Naib Pengerusi Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Katanya tindakan itu sekaligus akan mengembalikan martabat orang Melayu di negeri itu yang selama ini berasa seolah-olah dipinggirkan.

"Saya bersetujulah, kerana kalau DAP seperti apa yang dikatakan sebuah parti pelbagai kaum jadi saya rasa kalau DAP letak calon Melayu baguslah.

"Di pulau Pinang orang Melayu merasa mereka tertinggal," kata beliau ketika dihubungi AntaraPos.com

Tunku Aziz diminta mengulas kecaman Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak baru-baru ini terhadap DAP yang mendakwa parti itu gagal mengetengahkan calon Melayu pada pilihan raya yang lalu.

Malah Rahmad turut mengugut untuk meletakkan calon Melayu yang bertanding atas kerusi bebas sekaligus akan mencetuskan pertemuaan tiga penjuru di kerusi-kerusi DUN dan Parlimen berniat memecahkan undi.

Katanya masyarakat Melayu di negeri itu merupakan kaum majoriti kedua terbesar yang seharusnya diberikan ruang menambah bilangan wakil-wakil rakyat kaum itu.

AntaraPos.com kemudiannya menghubungi Rahmad untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Beliau secara lantang menggesa DAP membuktikan kemahuan politik untuk membantu memertabatkan kaum Melayu di Pulau Pinang sekaligus menolak dakwaan bahawa parti dominasi Cina itu mengamalkan diskriminasi kaum.

"Maka sudah sampai masa mereka (DAP) menunjukkan bukti secara ikhlas bahawa sekurang-kurangnya 4 calon Melayu, anak jati Pulau Pinang harus diketengahkan sebagai calon," katanya kepada AntaraPos.com.

Rahmad turut menyatakan kekesalan apabila cadangan yang diutarakan sebelum ini tidak dipandang serius oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Cuma apa yang saya terkilan sedikit apabila PKR dan PAS seakan-akan menidakkan cadangan kewujudan calon-calon Melayu yang harus ditampilkan oleh DAP," tambah beliau lagi.


Ruangan Komen