ISTIMEWA



 Nasional   

Guan Eng b'tjwb p'bangunan lereng bukit - TPM

pada 17-06-2012 03:06 

Post Pic

 

GEORGETOWN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertanggungjawab terhadap pembangunan di lereng bukit yang dilaporkan semakin rancak sehingga menjejaskan alam sekitar di negeri ini.
 
Muhyiddin berkata kerajaan pusat telah menyediakan garis panduan dan peraturan pembangunan di kawasan bukit tetapi kerajaan negeri ini dilihat sebagai tidak mematuhinya, katanya kepada pemberita selepas menghadiri menghadiri majlis perhimpunan warga industri bersama Timbalan Perdana Menteri di sini.
 
Muhyiddin selain itu berkata Lim seolah-olah membenarkan projek pembangunan tinggi di lereng bukit itu secara sesuka hati dengan mengabaikan garis panduan yang ditetapkan.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas rungutan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai projek pembangunan lereng bukit yang semakin menjadi-jadi di Pulau Pinang sekarang.
 
Dalam pada itu, menjawab soalan mengenai penerimaan rakyat Pulau Pinang terhadap Barisan Nasional sekarang, Timbalan Perdana Menteri berkata, hasil maklum balas yang diterimanya, rakyat negeri ini kini memberi sokongan luar biasa.
 
"Kita mendapat maklumat bahawa mereka tidak mendapat pembelaaan daripada kerajaan negeri dan disebabkan itu semangat mereka untuk menyokong BN adalah tinggi," katanya.

Ruangan Komen