Array


 Dunia   

Kumpulan bunuh lapan sekeluarga ditangkap

pada 17-07-2017 07:07 

Post Pic

 
BANGKOK: Polis Thailand semalam menangkap semua yang terbabit dalam pembunuhan kejam lapan sekeluarga di selatan negara itu awal minggu ini.
 
Detektif berkata, sekumpulan tujuh lelaki berpakaian celoreng memasuki rumah ketua kampung di Krabi pada Isnin lalu dan membunuh beliau dan tujuh anggota keluarganya, termasuk tiga kanak-kanak, dengan sedas tembakan di kepala.
 
Tiga lagi turut ditembak tetapi masih hidup, termasuk seorang wanita yang berpura-pura mati selepas peluru melepasi telinganya, dan dapat memberi petunjuk penting kepada pihak berkuasa.
 
"Ada tujuh orang di lokasi jenayah," kata Ketua Polis Negara, Chaktip Chaijinda, kepada wartawan hari ini sambil menambah semua sudah ditangkap dan mengaku pembabitan mereka.
 
Katanya, penyiasat percaya pembunuhan itu akibat perbalahan mengenai tanah antara ketua kampung dan tokoh perniagaan bergelar 'Bang Fad' yang turut ditahan.
 
Chaktip berkata, Bang Fad terbabit dalam pembunuhan itu dan anggota lain kumpulan berkenaan cuma diupah sebanyak 1,000 baht (RM128) dan berkemungkinan tidak tahu pembunuhan beramai-ramai akan dilakukan.
 
Disebabkan penjenayah itu memakai pakaian celoreng, khabar angin tersebar dalam kalangan media Thai bahawa pembunuh terbabit mungkin daripada tentera.
 
Namun hari ini Chaktip menolak teori itu dan berkata mereka adalah penduduk tempatan, sebahagian mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan. 


Tags : Bunuh sekeluarga


Ruangan Komen