Array


 Dunia   

Rundingan ketenteraan Seoul, Pyongyang

pada 17-07-2017 11:07 

Post Pic

 
SEOUL: Korea Selatan buat pertama kali sejak 2015 mencadangkan rundingan ketenteraan dengan Korea Utara, dalam usaha menghentikan permusuhan di sempadan kedua-dua negara.
 
Timbalan Menteri Pertahanan Korea Selatan, Suh Chook-suk, berkata cadangan itu dibuat susulan beberapa siri ujian peluru berpandu yang dilancarkan Pyongyang sejak beberapa minggu lalu.
 
"Kami meminta rundingan ketenteraan diadakan dengan Korea Utara pada 21 Julai di Tongilgak untuk menghentikan permusuhan yang boleh meningkatkan ketegangan ketenteraan di sempadan," katanya.
 
Tongilgak adalah sebuah bangunan di Panmunjom, Korea Utara, yang pernah digunakan untuk mengadakan beberapa perbincangan pada masa lalu.
 
Kali terakhir rundingan peringkat kerajaan diadakan adalah pada Disember 2015.
 
Cadangan itu dibuat seminggu selepas Presiden Moon Jae-in berkata, dialog perlu diadakan dengan Korea Utara untuk membendung program peluru berpandu dan nuklear Pyongyang.
 
Sementara itu, Pyongyang beberapa kali menegaskan enggan terbabit dalam sebarang perbincangan kecuali jika Seoul menyerahkan semula 12 pelayan yang membelot ke Korea Selatan, tahun lalu.
 
Seoul berkata, 12 individu terbabit bukan diculik sebaliknya menetap di Korea Selatan secara sukarela.


Tags : Ketenteraan Seoul Pyongyang


Ruangan Komen