Array


 Nasional   

Rabies: Mangsa keempat meninggal dunia

pada 17-07-2017 05:07 

Post Pic

 
 
KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan dari Kampung Ampungan, Serian, menjadi korban keempat Rabies atau wabak anjing gila di negeri ini. 
 
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan sebentar tadi. 
 
Menurut jawatankuasa itu, kanak-kanak berusia lima tahun  berkenaan meninggal dunia pada jam 2.05 petang tadi di Hospital Umum Sarawak (HUS).
 
Bagaimanapun, nama mangsa tidak didedahkan bagi menghormati privasi keluarganya.
 
Mengikut jawatankuasa itu, dari 1 April lalu hingga hari ini, ada 368 kes gigitan anjing dilaporkan.
 
Pihak jawatankuasa turut meminta pemilik haiwan peliharaan mendapatkan suntikan vaksin dan sebagai langkah berjaga-jaga tidak bermain dengan haiwan mereka buat sementara walaupun yang sudah divaksin.
 
Empat hari lalu, seorang kanak-kanak perempuan dari Kampung Lebor, Gedong meninggal dunia di HUS selepas menerima rawatan rapi di hospital berkenaan sejak 28 Jun.
 
Pada 4 Julai lalu, dua beradik, Monica Mazlan, 6, dan Jackson Mazlan, 4, disahkan meninggal dunia akibat jangkitan virus berkenaan selepas digigit anjing, pada bulan lalu.
 
 
-sh-


Tags : Rabies mangsa keempat


Ruangan Komen