Array


 Nasional   

Kalau Tun M berani, jelaskan pendirian tentang Anwar - Sohaimi

pada 17-07-2017 06:07 
Oleh Ainor Rahim

Post Pic

 
SHAH ALAM: Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menyatakan pendirian terkini sama ada beliau masih berpendirian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan perbuatan di luar tabii seperti yang didakwanya 19 tahun lalu. 
 
Ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) Datuk Sohaimi Shahadan berkata pendirian terbaru tersebut penting bagi 'merungkai' persoalan berkenaan dakwaan yang pernah dibuat beliau dahulu.
 
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencabar Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menjelaskan kepada rakyat adakah beliau masih berpegang kepada kenyataannya mengenai Anwar sebagaimana yang pernahdinyatakannya pada September 1998.    
 
"Betul lah apa Datuk Seri Najib kata tadi sebab pendirian Tun Mahathir ini kerap berubah-ubah dan 'U-Turn' banyak apa jua kenyataan yang dia buat. Jadi kita nak pendirian jelas daripada dia. Jangan bertukar-tukar dan berubah pendirian,"katanya kepada Antarapos.
 
Dr Mahathir dalam sidang media pada 22 September 1998, pernah mendakwa Ketua Umum PKR itu terlibat dalam perbuatan liwat dan seorang peliwat tidak layak memimpin negara.
 
Dalam pada itu Sohaimi menambah, pendirian yang jelas berkaitan dakwaan tersebut sekaligus mampu menggambarkan hala tuju politik sebenar pemimpin veteran berkenaan sejak menceburi blok pembangkang.
 
"Jadi kalau berani Tun Mahathir kena buat penjelasan jelas lah. Saya setuju pandangan Datuk Najib itu. Kalau kita tengok hari ini, Tun M ini dia kerap seolah-olah sudah nyanyuk. Kadang-kadang tindak tanduk dia itu terlalu drastik dan bombastik berbanding yang dia lakukan sebelum ini," katanya.
 
Minggu lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah turut mempersoal adakah tuduhan liwat terhadap Anwar satu ketika dahulu tidak benar apabila Dr Mahathir secara tiba-tiba ingin menerima semula bekas ketua pembangkang itu sebagai Perdana Menteri. 
 
 
-sh-


Tags : Tun M Anwar Sohaimi


Ruangan Komen