Array


 Nasional   

Lelaki dihanyutkan arus masih belum ditemui

pada 18-06-2017 06:06 

Post Pic

 
KAJANG: Usaha untuk mencari dan menyelamat seorang lelaki yang hanyut dibawa arus deras di Batu 14, Sungai Hulu Langat dekat sini petang semalam diteruskan hari ini.
 
Memetik laporan Utusan Online, usaha mencari dan menyelamat dimulakan sejak 8.00 pagi tadi.
 
Komanden Operasi, Penguasa Bomba, Mohd Shafiq Ramli berkata, radius mencari dan menyelamat mangsa yang hanyut bersama motosikalnya semalam, mencakupi 10 kilometer bermula dari lokasi mangsa dihanyutkan.
 
“Pencarian bermula di Sungai Hulu Langat berdekatan IKBN Dusun Tua di Batu 14 di mana di situ mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras.
 
“Pencarian menyelusuri Sungai Hulu Langat, Sungai Tekali, Sungai Semungkis sehingga ke Jalan Kuari yang lebih kurang 10 kilometer,” ujarnya.

 
Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa turut dibantu oleh Pasukan Khas dari Shah Alam, Pelabuhan Klang, unit K9 dan penyelam.

 
Semalam, rakaman video seorang lelaki cuba menyelamatkan motosikalnya yang terjatuh ke dalam sungai selepas hujan lebat di kawasan Batu 14, Hulu Langat, turut hanyut dibawa arus deras menjadi tular di media sosial. 
 
Susulan itu, pasukan bomba dan penyelamat yang menerima laporan tentang kejadian, berusaha untuk mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai penduduk tempatan.


Tags : Lelaki belum ditemui


Ruangan Komen