ISTIMEWA



 Nasional   

Dr M: Saya tak takut Pakatan tawan P'jaya

pada 14-06-2012 10:06 

Post Pic

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak bimbang jika Pakatan Rakyat menguasai pentadbiran negara pada pilihan raya umum akan datang.

Namun, menurut beliau, apa yang menjadi ketakutannya dalah beliau akan didakwa atas pertuduhan palsu.

Beliau mengulas kenyataan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang bahawa beliau bekerja keras memastikan pembangkang tidak berjaya kerana takut dakwaan salah lalu didedahkan.

"Dia betul. Saya takut.

"Saya takut pada bentuk salah guna kuasa seperti sudah ditunjukkan oleh seorang pemimpin besar Pakatan yang pegawai polis kanan di pihaknya untuk menakutkan Dr Ristina Majid dan Umi Hafilda Ali supaya menarik balik surat Umi kepada saya.


''Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan telah berkata bahawa saya bekerja keras untuk memastikan pembangkang tidak akan menang kerana amat takut apabila itu berlaku, mereka akan bertindak terhadap semua 'salah laku' saya ketika menjadi Perdana Menteri, tulis Dr Mahathir dalam blognya.

Lim baru-baru ini mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri keempat itu khuatir jika pembangkang mengambil alih Putrajaya kerana skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya bakal didedahkan.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu dalam laporan sebuah portal berita berkata, dakwaan tersebut dibuat berikutan tindakan Dr Mahathir yang akhir-akhir ini semakin agresif mengeluarkan kenyataan keras mengkritik pembangkang.

Jelasnya, beliau selalu berhati-hati untuk tidak menyalah guna kuasa yang ada sebagai Perdana Menteri dan turut berwaspada untuk meletakkan jawatan dan hilang kuasa pada tahap tertentu.

"Saya selalu berhati-hati untuk tidak menyalahgunakan kuasa yang saya ada sebagai perdana menteri kerana saya berhati-hati untuk meletakkan jawatan dan hilang kuasa pada tahap tertentu.

"Sekiranya saya menyalahgunakan kuasa, pengkritik saya akan sangat teruja dan mendedahkan saya dan memastikan saya disumbat dalam penjara," kata Dr Mahathir.

Menurut beliau, sejak bersara, beliau telah beberapa kali disoal siasat oleh polis dan pejabat Peguam Negara.

''Pihak anti rasuah (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) kini boleh siasat sama ada saya pernah menerima wang suapan atau sama ada pernah mendapat faedah peribadi daripada mana-mana projek yang dijalankan semasa menjadi Perdana Menteri," katanya.

''Saya tidak mengambil apa-apa yang bukan milik. Malah, saya sendiri tidak membenarkan anak-anak menjalankan perniagaan dengan kerajaan atau menjadi calon pilihan raya. Hanya selepas saya melepaskan jawatan, saya membenarkan Mukhriz (Datuk Mukhriz Mahathir) bertanding,'' tegasnya.


Ruangan Komen