Array


 Dunia   

Macron raih majoriti besar Parlimen Perancis

pada 19-06-2017 10:06 

Post Pic

PARIS: Presiden Emmanuel Macron menang besar pada pilihan raya Parlimen semalam, mengenepikan parti tradisi dan memperoleh mandat kukuh untuk melakukan pembaharuan. 
 
Keputusan itu, berdasarkan perangkaan rasmi dan ramalan tinjauan pendapat, melukis semula landskap politik Perancis, memalukan parti Sosialis dan konservatif yang menguasai selama beberapa dekad sehingga pemilihan Macron Mei lalu. 
 
Tiga tinjauan pendapat meramalkan parti pimpinan Macron, Republic on the Move (LREM) dan sekutunya, Modem, akan memperoleh 355 hingga 365 kerusi dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 577 kerusi, kurang sedikit berbanding ramalan sebelumnya. 
 
Mereka menjangkakan Republikan yang konservatif dan sekutunya akan membentuk blok pembangkang terbesar dengan 125 hingga 131 kerusi, manakala Sosialis, yang berkuasa sejak lima tahun lalu, dan rakannya cuma akan menang 41 hingga 49 kerusi. 
 
Perangkaan rasmi dengan baki 90 kerusi yang belum diisytiharkan pemenang, menunjukkan LREM sudah menang majoriti. 
 
"Ini peluang bagi Perancis. Setahun lalu, tiada siapa membayangkan keadaan ini," kata Perdana Menteri, Edouard Philippe, dalam kenyataan. 
 
Bagaimanapun, kejayaan Macron tercalar dengan peratusan keluar mengundi yang sangat rendah, 44 peratus.


Tags : Macron majoriti Perancis


Ruangan Komen