Array


 Dunia   

Tiga cedera parah van rempuh pejalan kaki di utara London

pada 19-06-2017 11:06 

Post Pic

 
 
LONDON: Tiga cedera parah dengan beberapa lagi dilaporkan cedera dalam satu lagi insiden rempuhan pejalan kaki di utara bandar ini.
 
"Polis dihubungi sejurus selepas jam 12.20 tengah malam waktu tempatan untuk melaporkan kemalangan membabitkan kenderaan dengan pejalan kaki. 
 
"Ada beberapa kecederaan di lokasi kejadian. Seorang ditahan," kata polis dalam kenyataan. 
 
Sementara itu, Majlis Islam Britain (MCB), dalam Twitter berkata: "Kami dimaklumkan sebuah van merempuh jemaah ketika mereka meninggalkan Masjid Finsbury Park. Kami mendoakan mangsa." 
 
Ketua MCB, Harun Khan, dalam Twitter berkata van itu 'sengaja' merempuh jemaah yang baru keluar masjid selepas menunaikan solat Tarawih. 
 
Masjid berkenaan berhampiran Seven Sisters Road, lokasi kemalangan berlaku, dan pernah dikenali sebagai hab radikal Islam tetapi sudah berubah di bawah pengurusan baru. 
 

 



Tags : rempuh pejalan kaki


Ruangan Komen