Array


 Nasional   

Anwar buktikan 'pengorbanan yang besar' - Zaid Ibrahim

pada 19-06-2017 04:06 

Post Pic

 
 
 
SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melakukan 'pengorbanan yang besar' apabila mengumumkan tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
 
Menerusi entri bertajuk 'Terima Kasih, Anwar', bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan ia sebagai kemahuan rakyat Malaysia yang dahagakan perubahan.
 
"Pemimpin perlu mencontohi Anwar yang telah membuat pengorbanan yang besar dan bergerak ke hadapan untuk bersetuju dengan perkara-perkara lain yang menjadi keperluan menghadapi pilihan raya.
 
"Kita tidak tahu jika agihan kerusi di dalam pilihan raya nanti mampu memuaskan hati semua pihak, tetapi saya fikir bagaimana untuk menguruskan perbezaan untuk jawatan perdana menteri - adalah dengan membincangkan siapakah yang akan mengisi jawatan kabinet.
 
"Jika kesemua parti berpuas hati dengan cadangan barisan kabinet ini, ia akan melegakan perbezaan yang mungkin timbul berkenaan jumlah kerusi yang perlu setiap parti tandingi," demikian memetik sebahagian tulisan di blognya.
 
Zaid membuat beberapa cadangan nama dan jawatan yang sesuai diisi oleh pemimpin pembangkang.
 
Ahli DAP itu secara konsistennya berpendapat Tun Dr Mahathir Mohamad tetap calon yang layak diletakkan sebagai Perdana Menteri.
 
Anwar pula dirasakan sesuai menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan kerana itu kerusi itu dibiarkan kosong di dalam cadangan beliau.
 
Menteri Minyak dan Tenaga pula dinamakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan meletakkan Petroliam Nasional Bhd. (PETRONAS), manakala Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dicadangkan sebagai Menteri Kewangan.
 
Penasihat DAP, Lim Guan Eng dicadangkang menerajui Kementerian Pendidikan, manakala Kementerian Dalam Negeri diminta diserahkan kepada mana-mana pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
 


Tags : PH Perdana Menteri


Ruangan Komen