Array


 Nasional   

Nahas Hawk 108 berjaya dirakam radar TUDM

pada 19-06-2017 05:06 

Post Pic

 
KEMAMAN: Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata radar pengesan TUDM berjaya merakam penuh tragedi nahas pesawat Hawk sehingga ke saat akhir ia terhempas.
 
Radar pengesan tersebut digunakan pada hari penerbangan pesawat Hawk pada Khamis lepas, sebelum nahas itu berlaku.
 
 
"Dari segi aspek penyiasatan, TUDM telah memperoleh bukti awal daripada radar pengesan dan masih terlalu awal untuk kami membuat kesimpulan dengan apa yang sebenarnya berlaku.
 
"Di lokasi nahas, TUDM berjaya menjumpai kedua-dua kerusi anjal pesawat Hawk dan bahagian besar bangkai pesawat itu yang tidak tertimbus di kawasan paya," katanya pada sidang akhbar ketika meninjau kawasan nahas pesawat Hawk hari ini.
 
Beliau memaklumkan TUDM akan membuat lakaran kasar bagi menentukan kemungkinan keadaan sebenar pesawat itu terhempas di kawasan sebenar sebaik sahaja memperolehi komponen pesawat itu.
 
 
-ai-
 


Tags : Hawk 108 TUDM


Ruangan Komen