ISTIMEWA



 Nasional   

MCA siar debat Soi Lek dan Guan Eng di internet

pada 06-07-2012 05:07 

Post Pic

 

KUALA LUMPUR: Biro publisiti MCA akan memastikan debat dalam bahasa Inggeris antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng boleh diikuti secara langsung di Internet melalui laman web rasmi MCA dan laman utama rasmi UStream MCA.

MCA dalam kenyataan hari ini berkata anggota MCA dan orang ramai yang berminat menyaksikan secara langsung debat itu melalui Internet boleh mengakses laman web berkenaan www.mca.org.my dan http://www.ustream.tv/channel/mca-tv1.

Debat itu, yang dianjurkan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada Ahad (8 Julai 2012), dari pukul 2.30 pm hingga 4.30 pm.

Tajuk debat itu ialah "DAP and MCA: Whose Policies Benefit The Country More?". (DAP dan MCA: Dasar Siapa Yang Memberi Lebih Manfaat Kepada Negara).


Ruangan Komen