ISTIMEWA



 Nasional   

Timbalan menteri sokong hudud di Johor

pada 07-07-2012 03:07 

Post Pic

SHAH ALAM: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim berkata, secara peribadi beliau menyokong cadangan ADUN Kemelah Datuk Ayub Rahmat yang ingin menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud.

"Namun kita kekurangan prasarana terdiri daripada mahkamah, hakim, pegawai pendakwa bagi melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

"Jika usaha ini dapat dilaksanakan, BN akan menjadi pihak pertama melaksanakan hukum itu berbanding dengan Kelantan yang hanya bercakap kosong," kata beliau yang dipetik oleh Sinar Harian.

Bagaimanapun, menurut Mashitah,  pelaksanaannya perlu dirancang teliti agar semua faham erti sebenar hukum hudud.
 


Ruangan Komen