ISTIMEWA



 Nasional   

Hakim kini diarah naiki penerbangan murah?

pada 07-07-2012 04:07 

Post Pic


SHAH ALAM: Semua hakim dan pasangan, kecuali hakim Mahkamah Tinggi Terengganu dan Pahang diarahkan supaya menggunakan kelas ekonomi atau penerbangan murah untuk persidangan tahunan mereka.

Menurut laporan portal mesra pembangkang, Malaysiakini, arahan itu disampaikan melalui surat bertarikh 4 Jun.

Semua mereka dijadual berkumpul di Kota Bharu bermula esok sehingga 12 Julai untuk persidangan tahunan hakim-hakim SeMalaysia.

Menurut portal itu, terdapat hakim mempersoalkan arahan tersebut yang didakwa melanggar peruntukan rasmi dan faedah yang sepatutnya diberikan mereka.

Mereka antaranya berhak mendapat perjalanan kelas perniagaan. Tindakan itu supaya menjauhkan mereka dari khalayak umum dalam tugas menegakkan keadilan.

Selain itu, pekeliling berkenaan juga melarang mereka daripda memandu menggunakan kereta rasmi kecuali bagi hakim-hakim dari Pahang dan Terengganu.

Menurut surat itu, mereka dikehendaki menaiki kelas ekonomi penerbangan MAS ataupun menaiki pesawat AirAsia atau Firefly ke destinasi masing-masing.

Selain, Ketua Hakim Malaya, Tan Sri  Zulkefli Ahmad Makinuddin; Ketua Hakim Sabah dan  Sarawak Tan Sri Richard Malanjum; President Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan  Arifin, serta sembilan lagi hakim mahkamah Persekutuan yang dianggap sebagai hakim kanan yang akan menghadiri persidangan itu.

Turut dijadualkan hadir adalah 21 hakim Mahkamah Rayuan, 65 hakim Mahkamah Tinggi dan 24 orang Pesuruhjaya Kehakiman. Persidangan itu bertujuan memastikan mereka mempunyai maklumat terkini berhubung dunia perundangan dan amalannya di negara ini.
 


Ruangan Komen