ISTIMEWA



 Nasional   

Isteri KM: Jangan kejam, Chua, kami ada keluarga

pada 07-07-2012 05:07 

Post Pic

SHAH ALAM: Betty Chew hari ini mengingatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek supaya menghentikan dan menyekat ahli parti itu daripada menyebarkan "pembohongan" bahawa suaminya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan seorang bekas kakitangannya.

Katanya, pembohongan itu, termasuk dakwaan beliau menyerang bekas kakitangan itu, kata Chew yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana.

"Chua Soi Lek … jangan terlalu kejam. Kamu seharusnya tidak membiarkan parti kamu menyebarkan fitnah terhadap suami saya untuk menjatuhkan reputasi keluarga kami.

"Kamu juga ada keluarga dan saya percaya keluarga kamu mesti telah melalui saat-saat sukar apabila pendedahan rakaman video skandal seks kamu tersebar. Jangan jadikan keluarga orang lain merasai apa yang telah kamu alami," katanya dalam satu kenyataan.

Malah, Chew juga mahu isteri Dr Chua supaya menghentikan kekejaman yang dilakukan suaminya itu.

"Mungkin beliau telah memafkan suaminya. Namun wanita Malaysia tidak akan memaafkan Dr Chua kerana membenarkan MCA berterus-terusan menyebarkan fitnah terhadap perempuan yang tidak bersalah dan keluarganya."

Chew, turut, mempersoalkan tindakan MCA yang gemar menggunakan isu seks untuk mencalarkan imej keluarganya, sedangkan masalah itu sendiri membelenggu kepimpinan MCA sendiri.

"Sebelum ini mereka melibatkan anak saya, dan sekarang suami saya."Adakah mereka fikir semua orang seperti mereka? Benar kata suami saya, beliau bukan seperti Chua Soi Lek," katanya.

Beberapa blog, termasuk media arus perdana,  sebelum ini menyiarkan laporan bahawa terdapat dakwaan bahawa Lim mempunyai hubungan sulit dengan bekas pembantu di pejabatnya, manakala Chew pula dikatakan telah menyerang wanita tersebut.

Pada kenyataannya, Chew juga membidas Pengerusi MCA Melaka Gan Tian Loo yang menimbulkan isu berkenaan di Dewan Undangan Negeri Melaka, minggu lalu.

"Datuk Gan umpama "pengecut". Saya telah berulangkali menuntut beliau mengulangi kenyataannya di luar Dewan, tapi beliau enggan.

"Ini kerana beliau tahu itu adalah pembohongan semata-mata. Beliau sedar jika beliau membuat kenyataan di luar Dewan, saya dan suami saya akan mengambil tindakan saman terhadapnya."

Chew turut mempersoalkan sama ada Gan cuba untuk melarikan diri setelah memfitnah beliau dan suaminya.

"Adakah ini cara politik MCA?" soalnya lagi.

Katanya, sebagai seorang pemimpin yang pernah merasai keperitan keluarga dan isterinya berikutan pendedahan rakaman video seks, Dr Chua seharusnya tidak menggunakan taktik sama terhadap lawan beliau, terutamanya bila mereka berbohong.
 


Ruangan Komen