ISTIMEWA



 Nasional   

Wanita dera bayi insaf mahu jumpa anaknya semula

pada 07-07-2012 05:07 Ditulis Oleh Zeanaaima Mohd Yusof

Post Pic

 

SHAH ALAM: Wanita yang dipenjara akibat mendera bayi kandungnya kini dibebaskan dari Penjara kajang.

Memetik laporan Harian Metro, Ika (bukan nama sebenar) mengakui kini insaf dan berhasrat mahu bertemu dengan anaknya itu.

“Saya terima hukuman ini dengan ikhlas. Malah, kalau lebih berat pun tidak mengapa…” kata Ika.

Ika  sebelum ini mencetus kemarahan rakyat Malaysia apabila video rakamannya yang sedang mendera bayi berusia setahun lebih itu tersebar meluas dilaman internet.

Rakaman video berdurasi 4 minit 18 saat itu memaparkan Ika sedang memukul dan menendang kepala, perut dan kaki bayinya.

Semasa video itu tersebar, Ika sedang menerima hukuman setimpal terhadap perbuatannya.

Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi malang itu.

Ika bersetuju dia telah bersifat seperti orang bodoh apabila bertindak kasar terhadap bayinya itu.

“Pada hari kejadian, saya dan anak dihalau dari rumah oleh kenalan yang menumpangkan kami berdua.

“Bekas teman lelaki pula menghantar pelbagai mesej (SMS) menyakitkan hati,” katanya.
 
Ujarnya, dia turut berasa seperti hilang pertimbangan dan umpama dikuasai oleh syaitan ketika hari kejadian itu.

“Saya terima apa saja yang berlaku, tapi saya harap masyarakat tidak terus menyalahkan saya bulat-bulat,” katanya lagi.

Justeru, wanita itu memohon kepada ibu angkat kepada bayi tersebut dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya diberi peluang untuk berjumpa dengan anaknya semula.


Ruangan Komen