ISTIMEWA



 Nasional   

Rekod roti canai terpanjang - 2,786 keping

pada 07-07-2012 06:07 

Post Pic

GEORGE TOWN: Komuniti India Muslim di negeri ini mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR) hari ini menerusi roti canai terpanjang pernah dihasilkan di negara ini.
    
Acara itu yang julung kali diadakan sempena Hari Kebudayaan India Muslim anjuran Pertubuhan India Muslim Malaysia, menyaksikan 2,786 keping roti canai diatur sepanjang Lebuh Buckingham dengan jarak keseluruhan 400 meter.
    
Pengerusi penganjur Meera Mydin Mastan berkata proses membuat roti canai itu mengambil masa hampir lapan jam bermula 4.30 pagi tadi, menggunakan 600 kilogram tepung gandum.
    
"Seramai 15 penebar roti canai dari empat restoran dan warung terkenal di bandar ini terbabit membantu usaha mencipta rekod ini," katanya kepada pemberita, di sini.
    
Katanya roti canai terbabit akan diagih kepada pengunjung karnival sehari itu yang bermula sejak pukul 8 pagi hingga 11 malam ini.
    
Beliau sebelum itu menerima sijil pengiktirafan rekod daripada wakil MBR Datuk Barkath Ali Abu Backer.


Ruangan Komen