Array


 Nasional   

Tiga suspek cetuskan kekecohan ketika forum 'Nothing To Hide 2.0' ditahan polis

pada 13-08-2017 08:08 

Post Pic

SHAH ALAM: Sekurang-kurangnya tiga suspek yang mencetuskan kekecohan ketika forum 'Nothing To Hide  2.0' ditahan polis bagi membantu siasatan.
 
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat memberitahu tiga yang ditahan adalah daripada kalangan umur 17 hingga 19 tahun dan dua daripadanya merupakan pelajar kolej di Selangor.
 
"Setakat 5.45 petang tiga orang ditahan dan tangkapan dibuat orang awam dan diserahkan kepada pihak polis," katanya kepada media di Dewan Raja Muda Musa.
 
Beliau bagaimanapun berkata pihaknya masih belum menerima apa-apa laporan bersabit kekecohan itu.
 
Beliau juga mengesahkan tiada pihak yang cedera ketika kekecohan itu berlaku.
 
Forum 'Nothing To Hide' anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kecoh apabila hadirin yang tidak dikenali bertindak membaling kerusi dan botol air ke arah pentas ketika  Dr Mahathir sedang menjawab soalan hadirin. 
 
Kekecohan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam itu tercetus apabila individu berkenaan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Dr Mahathir bersabit peristiwa Memali ketika beliau menjadi Perdana Menteri.



Ruangan Komen